- Lapangnya
masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
- Kita
adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik
tapi takdak masa nak buat yang baik.
- Jika kita tak pernah
kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
- Setitik air mata ibu
jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak
jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis
kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
- Kalau balik tengah malam,
buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan
menampakkan segalanya.
- Ada 3 mata yang tak
dijilat api neraka.
- Melihat kaabah sehingga
menitis air mata.
- Membaca quran sehingga
menitis air mata.
- Memandang wajah ibu yg
sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
- 3 orang yg kita kena
tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
i.
Anak.
ii.
Ibu.
iii.
Suami.
- Sebagai
Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami
sampai nak bercerai, tengoklah muka susmi kita ketika dia tidor - kalau
masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah
bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah
memang takde, boleh proceed apa yang patut..
- Orang
yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian
ibunya… kira menangis dalam hati je.. Bagi siapa yang masih ada ibu,
pandang lah ibumu selalu.
- Adalah
menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan
sesuatu pada ibu.
- Kalau ada niat yang baik
teruskanlah.. Allah akan bersama kita.
- Kalau
tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong
orang, niat nak tolong pun dah memadai.
- Kalau
kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan
letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat
yang terbaik terlebih dulu.
- Ada kaedah
yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa
dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
.
- “Ya
Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan
jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
- Paling
banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni
sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan
yang dibuat kepada ibu kita.
- Antara lain yang boleh
dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
- Kalau ditimpa sakit, baca
laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, selepas itu bicaralah dengan Allah.
- “Ya
Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
- “Ya Allah, bagilah aku
keampunan dosa atas sakit ku ini” .
- Even suapkan anak pun
kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang
memerlukkan.
- Barang
siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah
meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup
dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah
tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
- Doa
orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan
ibu kita jika ianya telah tiada.
- Doa
orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
- Masa ni ustaz tu bagi
contoh sadis sikit.. sedeh gak la.. pergi
ke pusara mak kita cakap.. “Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada
tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin
esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah
tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
- Bila
lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita
“berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
“celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pada mereka.
- Tanda
tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati
tak pernah keluarkan zakat.
- Sesiapa
yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
- Bila
nak berbelanja atau shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam
duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan,
bagi la duit sebab kita nak cari orangg susah untuk sedekah dah amat susah
masa sekarang dan tiada masa jadi Allah hantarkan orang susah ini untuk
kita dapatkan pahala!.
- Jika
mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang
untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai
sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi
pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang
buat ibu kita bahagia di sana .
- Kalau
kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan
tangan nak bersedekah.
- Allah
panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk.. Ini bertujuan
memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka
sakit atau nyanyok.. ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak
berebut mahu menjaga mereka di saat mereka dalam keuzuran itu sebab
balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah
menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
- Allah
kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang
dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk
membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
No comments:
Post a Comment