Pada 22 May 2012 (Selasa) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia
mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka
ALLAH swt akan memberikan pahala
seperti 900 tahun berpuasa dan
menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka
akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya
dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH
swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda
Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang
airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari
minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk
siapakah sungai ini?"
Maka berkata
Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat
untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam
sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama
Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau
menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya
bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam
kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas
mereka."
Sabda beliau
lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari
dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa
di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat
mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda
beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai
nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan
mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt,
kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan
mengerjakan so lat malam satu tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1.
MASA HIDUP SBLM MATI
2.
MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
3.
MASA MUDA SBLM MASA TUA
4.
MASA KAYA SBLM SUSAH
5.
MASA SIHAT SBLM SAKIT
No comments:
Post a Comment