Di waktu malam, saat menonton televisyen ataupun menghadap komputer,
pasti terasa ingin mengunyah sesuatu. Jikalau bukan coklat, pastinya
makanan ringan lain yang menjadi pilihan. Buat yang bakal mendirikan
rumah tangga, adakah anda sudah terlupa dengan jadual diet anda? Jikalau
tertekan dengan persiapan perkahwinan sekalipun, janganlah hilangkan
tekanan dengan memakan snek-snek yang tidak berkhasiat. Bukalah diari
diet anda semula. Semak
dengan teliti perkara-perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan berat badan.
![]() |
| :: ihsan dari PENGANTIN :: |
♥ Apakah snek berkhasiat?
Pengambilan
snek yang salah boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan
mengganggu pola pemakanan harian. Namun, jika anda bijak mengambil snek
dalam waktu yang betul dan sesuai, snek tersebut boleh memberikan tenaga
yang berpanjangan. Pengambilan snek yang terbaik ialah dua jam sebelum
waktu makan utama. Oleh itu, bakal pengantin di luar sana, rancanglah
pemakanan yang baik untuk diri anda demi mendapatkan tubuh yang menawan
di hari bahagia. Selain makanan ringan yang biasa dijadikan snek,
cubalah makan makanan lain yang boleh dijadikan snek dan pastinya
berkhasiat, sihat, dan seimbang.
♥ Biskut bijirin, anggur, dan keju
Saat
mendengar jenis-jenis makanan ini pastinya terasa gerun hendak
memakannya. Namun, tahukah anda, jika mengambil biskut bijirin, anggur,
dan keju ini dengan kadar yang betul, anda boleh tampil sihat? Bijirin
penuh atau lebih dikenali sebagai wholemeal seperti gandum mampu
menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Keju pula yang
semestinya menjadi kegemaran ramai, mampu menambahkan unsur protein di
samping menstabilkan gula, mengelakkan daripada cepat lapar, dan sebagai
sumber kalsium untuk tulang.
♥ Sebiji epal sehari, menjauhkan kita daripada doktor!
Pernahkah
anda mendengar pepatah tersebut? Hal ini ada kebenarannya. Amalkanlah
pengambilan buah-buahan seperti epal kerana buah ini mengandungi kadar
kandungan gula yang rendah. Selain kandungan gula yang rendah, buah epal
juga mempunyai serat yang tinggi dan sesuai untuk pesakit diabetes.
Namun, jangan pula anda ''melupakannya'', walaupun anda tidak mempunyai
diabetes. Lebih elok jika sediakan payung sebelum hujan, bukan?
♥ Campuran sayursayuran segar dan yogurt
Sayur-sayuran
segar dan mentah sememangnya kaya dengan pelbagai zat penting kerana
tidak dimasak lagi. Oleh itu, untuk tambahan hidangan di malam hari, apa
kata anda tambahkan menu sayur-sayuran segar seperti lobak merah dan
brokoli. Kemudian, campurkan sayur-sayuran segar tersebut dengan yogurt
rendah lemak yang kaya dengan sumber protein. Dengan cara ini, perut akan lambat lapar selain tulang menjadi kuat.
Panduan
- Pilihlah makanan yang boleh dijadikan snek dan semestinya yang rendah lemak, gula, dan garam.
- Cubalah pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin, dan mineral.
- Rancanglah pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Piramid makanan akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
- Snek boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan apa-apa sahaja yang anda lihat, namun mestilah snek yang berkhasiat.
- Ambillah snek ketika anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan, gelisah atau tertekan.
- Hadkan pengambilan snek kurang daripada 250 kilokalori setiap kali ia diambil dan jika terlebih, lakukanlah senaman bagi menyeimbangkannya semula.

No comments:
Post a Comment